Saturday, August 21, 2010

assalamualaikum . . .



Alhamdulillah.sudah genap sepuluh hari sy berpuasa tanpa keuzuran.hari ini masuk hari pertama dalam bahagian kedua Ramadhan ataupun dengan lebih mudah lagi hari ke-11 berpuasa.makin hari rasa makin sayu berada dalam bulan Ramadhan.tak tahu mengapa, mungkin sebab makin hampir dengan Syawal.rasa sayu sangat.apatah lagi bila tiba masa untuk membeli-belah keperluan raya.mungkin dalam minggu ini perasaan tu masih belum ketara sangat.sy tahu semua orang juga pasti merinduinya.tapi takdir Allah siapa tahu.semoga hati ini terus tabah dan tenang dalam meniti setiap saat kehidupan.apa yg penting sekarang, sy mahu menghargai semua yg sy ada, hargai semua orang yg ada sekeliling sy.sebab hati ini belum sedia lagi untuk menerima sebuah lagi kehilangan.keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan Muhammad Afiq sangat bermakna bagi sy.kami mungkin tidak akan kekal bersama selamanya di dunia, tapi hati ini sudah jatuh sayang pada mereka semua.arwah ibu sering berpesan, tak apa orang jahat pada kita, tapi kita mesti selalu buat baik pada orang.orang lain mungkin tak sedar berapa singkat masa yg kita ada untuk bahagiakan diri sendiri dan orang lain.sy sudah merasa sebuah kehilangan yg sangat sukar, dan sy sudah tidak sanggup untuk menyesal sekali lagi.sebab itu setiap saat, sy cuba bahagiakan semua orang.tak apa walaupun diri sy sengsara.itu alasan bagi setiap tindakan sy pada semua orang.sy syukur sangat sebab arwah ibu dan daddy beri nama 'SAFIQAH' walaupun tanpa Y.kasih sayang itu selalu wujud dalam diri sy, menjadikan sy selalu ada perasaan kasih pada orang.

Muhammad Afiq,
sesungguhnya hati ini sangat mencintaimu.tanpa ragu lagi.ini keputusan hati yg akan sy pertahankan sehingga ke akhirnya.walaupun kita tak tahu takdir Allah pd kita, teruskan berdoa.sy cuma mahu awak tahu yg sy cuba sedaya upaya untuk berikan awak sepenuh kasih sayang selayaknya.tolong yakin dengan sy.sy minta maaf kalau masih ada kurang sepanjang perkenalan kita.


Ikhlas,
SyafiqahHumairah =]

No comments: