Friday, January 21, 2011

Peristiwa azan pertama.

 Assalamualaikum . . .

entry kedua untuk hari ini. tengah semangat mahu update blog neh. muahaha. baik kau diam. well, tajuk di atas neh berkaitan dengan apa yg cik eyka dengar dari radio IKIM.FM tengahari tadi. masa otw nak balik rumah, saya khusyuk dengar kisah tuh. then petang tadi terus google pasal kisah ne. dan ne artikel yg saya cedok sedikit dari pelbagai sumber dan bacaan. baca ya :)


Peristiwa azan


Dari segi sejarahnya, dikisahkan bahawa azan mula kumandangkan pada tahun pertama hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah pada abad ketujuh Masihi.

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Hal ini menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w kebingungan untuk menyampaikan saat waktu solat tiba kepada seluruh umatnya. Maka Rasulullah s.a.w. pun memanggil para sahabat dan mebincangkan cara untuk mengingatkan umat Islam bahawa telah masuknya waktu solat. Ada yang mengusulkan untuk ; 
mengibarkan bendera setelah masuk waktu solat
menyalakan api di atas bukit 

meniup serunai atau membunyikan loceng
Tetapi semuanya dianggap kurang sesuai dan ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".

Pada suatu malam, Abdullah bin Zaid yang bermimpi cara yang lebih sesuai untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah Saw. Umar bin Khathab juga turut menyatakan bahawa turut bermimpikan hal yang sama. Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.” yang kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat. Azan pertama di kumandangkan oleh seorang sahabat Rasul yang bernama Bilal bin Rabah.


Ringkasan daripada peristiwa azan. untuk lebih informasi, sila rujuk kepada sumber yg lebih pakar :)



Lots of love,
cik eyka :)

No comments: