Assalamualaikum and Hi bloggers ; [again]
WAH ! dalam sehari ne, banyak sangat entry nak buat. sudah gatal tangan nak sangat menaip entry baru kan. masa ne tengah idea datang mencurah curah, ditambah lagi dengan isu semasa yg semakin berkembang. muahaha.
okeh, tadi tengok berita buletin utama jam 8 malam kan. masa laporan sukan dekat dekat jam 9 tuh, ada keluar berita tentang seorang pemain bola sepak yg secara kasarnya menendang seekor burung hantu dekat padang. tindakan dia tuh memang tak patut sangat, tapi tak sangka pula yg kejadian tuh mampu menyebabkan pemain tersebut digantung perlawanan.
jadi tadi cik eyka pegi google lah pasal benda ne, tapi yg saya dapat cuma sebuah blog dalam bahasa Indonesia sahaja. memandangkan saya tersangat selalu menonton sinetron dari seberang, maka saya mampu memahami sedikit sebanyak bahasa mereka. muahaha. terer kan ? ;)
Insiden ne berlaku dalam perlawanan di liga Colombia ; iaitu antara Deportivo Pereira dan Atletico Junior. tindakan pemain tersebut bukan sahaja disifatkan sebagai kejam terhadap haiwan, malahan burung hantu merupakan ikon dan maskot kelab Atletico Junior.
tapi pemain tuh pun dah minta maaf kepada peminat. dia cakap dia tak sengaja, tindakan dia tuh cuma nak pastikan sama ada burung hantu tuh masih hidup atau dah mati. akhir laporan sukan tadi saya tak dengar sangat. rasanya dia digantung 2 game kalau tak silap. tapi untuk lebih kepastian, sila google sendiri ya ;)
that's all viewers :D
No comments:
Post a Comment