Friday, August 5, 2011

:)

Assalamualaikum semua :)

Apa khabar hari ini sahabat blogger ? moga-moga semuanya sehat sahaja. Alhamdulillah kita sudah berpuasa selama 4 hari. Hari ini sangat penat ya. sebabnya hari ini sibuk dengan acara melawat rumah sakit ya. joking :D Hari ini saya sibuk dari awal pagi pergi ke hospital Luyang untuk buat medical checkup. bukan tak boleh buat di klinik swasta, tapi apa gunanya hospital kerajaan kalau kita tak manfaatkan ? :D lagipun kalau dibandingkan, harganya lebih murah berbanding buat med checkup di klinik swasta. dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun servisnya agak lembap. ujian di bulan Ramadhan. 



Sejak few days ne, kita asyik baca pasal isu Khairul Fahmi Che Mat dengan tunangannya yang gagal mempertahankan hubungan pertunangan mereka. dan lepas tuh tambah pula dengan isu putus tunang antara Ally Iskandar dengan Naib Juara Gadis Melayu musim ke berapa entah. mungkinkah ini bulan semua orang putus tunang ? takutnya :( saya sebenarnya tak suka sangat cakap pasal isu semasa macam ne, tapi sekadar tahu ja lah :D



Semuanya buat saya berfikir yang mungkin inilah padanya kalau kita berlebihan dalam expose perhubungan kita. walaupun niat kita baik ; mahu mendirikan masjid Allah, mungkin sikap kita terlalu berlebihan. sampai ada orang yg mempunyai niat yg tidak baik. sama-samalah kita berpada-pada dalam menyampaikan berita dan niat yg baik. supaya orang lain tak ambil kesempatan dalam apa pun peluang yg ada :D



p/s : kamu selalu berpesan, supaya tidak terlalu expose terhadap hubungan kita. kamu betul. Maafkan saya :)


No comments: