Saturday, August 27, 2011

hak berfikir manusia

Assalamualaikum semua :)

Bukan semua perkara yang ada di muka bumi ini boleh kita fikirkan. sememangnya manusia itu punya hak untuk berfikir. apatah lagi berfikir untuk menemukan jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. namun begitu, tak semua benda kita kena fikirkan. ada perkara yang hanya layak menjadi urusan Allah s.w.t.
Saya berikan contoh di sini, apabila kita putus cinta. kita semahu-mahunya tidak menginginkan terjadinya perpisahan dalam sesebuah perhubungan. tapi kalau Allah dah takdirkan macam tu, kita kena redha. dan kita sebagai manusia biasa, pastinya berfikir sebanyak-banyaknya untuk mencari jalan penyelesaian agar tidak terjadinya perpisahan. berfikir itu hak manusia. tapi ada hadnya. kalau sampai menzalimi diri sendiri, itu sama sekali tidak digalakkan. 

Ada perkara tertentu yang hanya layak kita serahkan urusannya kepada Allah s.w.t. contohnya soal jodoh, perasaan dan apa sahaja yang takdirnya terletak pada kuasa Allah s.w.t. soal jodoh itu hanya layak menjadi urusan Allah. sebanyak mana pun kita berusaha dan berfikir, semuanya masih terletak di bawah kekuasaan Allah s.w.t.
Jadi, kalau kita sayangkan seseorang, perlu kita jaga dan fahami dia. berfikir penyelesaian kepada masalah yang simple disamping berusaha untuk menyelamatkan perhubungan, itu betul. tapi jangan sampai menzalimi diri sendiri. kerana jodoh itu masih urusan Allah s.w.t.

Peringatan untuk saya :)

4 comments:

kotak bulat said...

tol.. jgn slahkan takdir atau sesiapa bila berlaku perpisahan.. :)

Anonymous said...

yeah eyqang. . .:')

Fifieyqa said...

yeah..serahkan segalanye kpd Allah.. =)

ika said...

tengs semua :D