Saturday, January 29, 2011

saya suka tengok bola :)

salam bloggers ;

dulu selalu fikir ; kenapa lelaki suka tengok bola ? suka sangat tengok sebiji bola yg dikejar semua pemain. bila free time, mesti main bola. tu dulu. sekarang main futsal. semakin berkembang pula. saya selalu fikir, kenapa ?

bila makin dewasa, saya banyak discover benda baru. sejak saya ambil stpm dekat maktab sabah, saya baru terdedah dengan permainan bola sepak ne. sebab saya join sukan futsal. kan sekarang mesti aktif di sekolah untuk dapat 10 peratus markah kokum. kalau tak aktif, nanti cikgu tak bagi markah banyak. nanti susah lah nak masuk universiti. alhamdulillah, akhirnya saya berjaya dapat markah 83 peratus untuk markah kokum. muahaha :D

okey, kembali pasal title di atas. sejak saya pandai main futsal [ ala setakat tendang, tolak player lain, bagi masuk dalam goal post, pandai lah tuh kan ? :D ]. saya suka tengok bola. tapi saya cuma selalu tengok team manchester united main ja. kalau team lain, especially chelsea, memang saya tak tengok. bukan sebab saya anti-chelsea or team lain, tapi sebab saya tak kenal sangat players team tuh. kalau manchester united, hampir semua kot saya tahu. kecuali yg tak pernah main. muahaha.

saya baru faham, bila kita pandai main benda tuh, tak pun kita faham sikit macam mana permainan tuh berlangsung, baru minat tuh akan timbul. tapi tak semua orang akan rasa macam tuh. tuh semua berdasarkan pengalaman yg saya lalui sendiri. jadi saya tak ada masalah untuk berkompromi dengan my dad if he wants to watch football. apatah lagi encik afiq, saya tak kesah dia nak tengok bola or main dengan kawan-kawan, sebab saya rasa permainan tuh cool. muahaha :D

lagi satu sebab kenapa perempuan suka tengok bola, sebab kebanyakan player semuanya comel-comel dan hensem-hensem. muahaha. tak dinafikan. bila ada world cup tak pun ada big game macam chelsea vs manchester united, mesti ada yg tukar last name guna nama player yg dorang suka. contohnya, kawan saya si zarinah. dulu dia letak nama dia zarinah benzema dekat facebook. mula saya bingung juga. bila tengok siapakah gerangan benzema ne, hensem juga. muahaha.

kenapa cik eyka minat manchester united ?




sebab manchester united banyak star. betul lah kan ? muahaha. tak juga. actually sebab players team ne pandai main. smooth ja tengok dorang main. seronok tengok. lagi-lagi bila ada player yg saya minat, antaranya ;


nemanja vidic


wayne rooney


dimitar berbatov


well, tuh ja cik eyka nak share. lastly, glory glory manchester united :D

1 comment: