Friday, January 14, 2011

semoga cinta selalu terjaga



bukan rahsia lagi, cinta saya milik siapa. semua orang tahu. saya mungkin terlalu manja dengan dia, tapi semuanya sebab saya sayang dia. dan sifat saya memang sebegitu. setakat ini tiada masalah. walaupun terkadang saya cepat cemburu. cepat berburuk sangka. tapi itulah saya. saya boleh berkawan dengan siapa sahaja. tapi bukan dengan ex boyfie saya. ya, agak kejam di situ. tapi semuanya bertujuan untuk mengelakkan salah faham dan sakit hati pada kedua belah pihak. mungkin ada yg membaca, akan sakit hati. mungkin juga ada yg membaca, fikir saya seorang yg jahat. terpulanglah. cuma orang yg pernah mengalami atau sedang mengalami, akan faham situasi ini. maafkan saya. mungkin suatu hari nanti, hati ini mampu ikhlas menerima kamu sebagai sahabat. tapi setakat ini, tolong jangan ganggu apa yg sudah menjadi hak saya.  



love,
cik eyka :)

No comments: