Sunday, January 30, 2011

WIR campaign :D

tadi petang ada blogwalking sikit sebelum internet na menggila. muahaha. then terjumpa satu blog ne. cik blogger tengah buat satu kempen untuk pakai hijab or tudung dengan betul iaitu mengikut cara yg dianjurkan dalam Islam. kempen tuh dibuat oleh cik Sueanna Joe :D before this, saya ada juga tengok blogger lain yg turut support kempen ne.



well, it's a vgood campaign because it remind us to wear our hijab properly. bak kata tuan punya blog, semuanya bukan mudah dan memerlukan proses. lagi-lagi yg dah biasa pakai tudung selempang sana sini. tak pun pakai tudung yg pendek kat depan. yg pendek kat belakang tuh satu hal lagi. macam saya pun dulu biasa juga pakai tudung yg tak cukup syarat. yes, saya tak malu nak mengaku salah saya dalam bab hijab. but now saya dah terbuka mata dan hati untuk bertudung dengan cara yg sepatutnya iaitu melabuhkan tudung sehingga ke paras dada. serta memilih fabrik yg tidak jarang.

jujur saya cakap yg perubahan saya pada mulanya agak sukar dan memakan masa. mula untuk melabuhkan tudung apabila saya telah dilamar oleh encik afiq untuk menjadi buah hatinya. muahaha. eh, serius ok. yes, mula dari sana afiq start pujuk pakai tudung dengan betul. pin dengan elok supaya bahagian dada tak terdedah. see, macam ne lah lelaki idaman saya. mula tuh saya protes juga. sebab saya tak biasa lagi. but then dia tak paksa pun, tapi lama-lama tuh saya dengan rela hati mahu pakai tudung dengan betul. sebab bila saya selempang sana sini, saya sendiri rasa tak selesa.

saya boleh sahaja tak mahu dengar kata-kata dia. sebab dia bukan suami saya. tapi sebab saya fikir yg saya serius dengan hubungan kami. maka saya pun buat keputusan untuk dengar cakap dia. selagi semuanya tak melanggar syariat agama. masa bercinta ne lah lelaki sangat memainkan peranan. bagitu juga perempuan. kalau masa cinta cintun ne lelaki mampu pujuk perempuan untuk pakai tudung elok-elok, nanti dah jadi suami, tak perlu susah hati or paksa-paksa untuk pakai tudung elok-elok. sebab isteri sendiri sudah terbiasa pakai macam tuh. berbaloi kan belajar dari sekarang ? :D

semuanya perlu masa. kalau rasa terpaksa, ubah sehari, esok tuh pakai lagi macam tuh. saya pun macam tuh juga. hope kempen-kempen macam ne mampu sedarkan kita. saya pun tengah try untuk betulkan diri. lepas ne nak betulkan pakaian pula. tuh ja cik eyka nak share :D

2 comments:

mizamija said...

pergi kelas skrng lebih selesa pakai tudung cover dada...hari2 lepak ngan kwn2 laki n....baru tahu...prkara pertama bg sesetngh lelaki yg saya kenal.juz tguk 1) dada...huhuhu.so agak malu la bila nmpakkn dada..

n...actually bakal laki/suami pilihn lebih suka pompuan yg tak trlalu sexy..n pakai baju pnjg..cover punggung...huhu...

sekadar bkongsi.=p

syasya said...

betul tu dear. actually kita sedar juga sebenarnya yg kita x brtudung dgn betul. tp mgkn sbb terlalu ikt rentak fesyen kot. cik eyka pun mcm tuh jg. tp skrg mmg nak ubah sikit-sikit :D thank you share dear :D