Monday, March 7, 2011

DAY 20 : HOW IMPORTANT YOU THINK EDUCATION IS


Day 20 : How important you think education is.

Education ? very important.

kalau takda education, memang susah nak dapat kerja. percaya tak ? pendidikan bukan setakat masuk kelas, buka buku dan dengar cikgu membebel. BUKAN. semua pun ada belajar pasal pendidikan formal dan tak formal kan ? jadi pendidikan bukan boleh dapat dari sekolah sahaja. dari rumah, masa berbual dengan kawan kawan dan masa bermain. cuma terpulang kepada individu utk dapat kesan + or - melalui setiap cara pendidikan berlaku.

dari simple education, boleh dapat pengetahuan dan kemahiran. jadi sangat salah kalau ada orang kata pendidikan tak penting. yg penting ada kemahiran. kemahiran tuh dapat dari mana kalau tak belajar ? kan kan ?

jadi, pendidikan or education ne sah sah lah sangat penting. sampai bila bila pun kita takkan berhenti untuk belajar. trust me. its either through formal or non formal education. jadi lepas ne kalau orang cakap, janganlah study tinggi tinggi. nanti duduk rumah juga jaga anak anak. jaga anak tak perlukan pendidikan ? salah tuh. semua benda akan jadi kemahiran individu melalui pendidikan, aplikasi dan pengalaman. semuanya berkait rapat.


1 comment:

Anonymous said...

saya dh follow blog awk..follow sy balik okey..jom baca post sy yg terbaru..pasal org mati bunuh diri..bru berlaku td