Tuesday, March 1, 2011

TIPS MEMILIH DAN MENJAGA BRA

Assalamualaikum and Hi bloggers ;




muah muah. entry ini khas dan sesuai untuk para remaja yg baru meningkat remaja dan mengalami pembesaran di sana dan sini. dapat tangkap maksudnya ? kalau dulu, takda benda-benda macam ne nak bagitau dekat public kan ? masa nak beli bra pun sibuk pandang sekeliling. yalah, mana tau kot kot ada rakan sekelas, tambah-tambah lagi kalau ada budak lelaki. belum lagi kalau ada crush kita kat situ. berpeluh juga masa nak pilih bra kan ?

oke, straight to the point. hari ne cik eyka nak kongsi sikit cara nak pilih bra yg sesuai.

1. paling penting, kita sebagai perempuan kena tahu dan kenali bentuk payudara kita yg sebenarnya. kalau kecil, pilihlah bra yg kecil dan sesuai muat dekat payudara. and kalau payudara besar, jangan kau pilih bra yg kecil. nanti tak pasal-pasal payudara jadi sesak dan tak selesa. pendek kata, sila tengok cermin dan kenali payudara anda.

2. dekat kedai bra tuh, macam macam jenis bra ada kena jual. yg warna warni, takda strap, button dekat depan. semua pun memang sesuai untuk dipakai. tapi kita kena pandai beli bra yang sesuai dengan setiap situasi. contohnya, nak beli bra untuk pakai masa bersukan, sila beli sport bra. taklah bergoyang sakan masa nak lari. muahahaha.

3. paling penting, sila pilih bra yg ada strap yg lebih lebar. ini penting untuk support payudara. kalau tak, nanti payudara takda shape. nanti kita juga yg susah.

4. bagi para remaja sekitar umur 13-14 tahun, kalau nak beli first bra, sila pilih bra yg takda dawai dekat bawah bra tuh. sebab masa-masa ne, payudara taklah besar sangat. jadi untuk mengelakkan  ketidakselesaan, sila pilih bra yg fabriknya lebih lembut dan takda dawai. nanti sakit masa nak guna dik.

5. masa nak basuh, sila guna tangan ya. kalau beli bra pierre cardin, triumph yg harganya memang pengsan lah, lagi lah kena basuh guna tangan. kalau kau kaya sangat, basuhlah guna mesin basuh. hehe. and masa nak jemur pun, sekarang kan dah ada hanger khas untuk bra. jadi tak susah sebenarnya nak jaga bra. muahahaha.

6. masa nak beli bra tuh, sila pastikan anda ada masa untuk testing bra tuh ya. nanti kau tak muat, baru kau menyesal. muahahaha.

7. masa nak pakai bra tuh, jangan kancing dari depan. sebab sebenarnya tak elok untuk payudara. tapi saya pun suka guna cara macam tuh. sebab mudah. that's why saya letak tips ne paling bawah. sebab yg ne terpulang kepada anda kalau nak pakai macam mana pun. tapi cara paling sesuai adalah dengan menangkupkan bra tuh pada payudara dan kancing dari belakang. tapi cara ne memang ambil masa sikit. muahaha.


oke, entry ne hanyalah bersifat untuk berkongsi ilmu. semuanya berdasarkan kajian dan pengalaman. sebab bukan semua orang ada kakak or mak untuk tunjuk ajar kita masa saat saat penting dalam hidup kita. jadi, inilah gunanya akak-akak dekat dunia blog. muah muah. tuh je dear :) happy reading :D

2 comments:

alongizhamhadi said...

OOooo...tau dah la..okey2...

ika said...

bagus, mesti ambil tahu untuk bakal isteri :D