Thursday, June 2, 2011

KANTA SENTUH

Assalamualaikum semua :)

Tadi bila belek-belek majalah, saya ada terbaca pasal bahaya kanta sentuh atau kanta lekap. well, memang ramai sekarang yg pakai kanta lekap. saya pun tak terkecuali. ada orang pakai contact lens sebab betul-betul rabun, and malas mau pakai spectacle. sebab kalau perempuan yg bertudung, memang frame spec tu akan ganggu tepi tudung. sangatlah comot. but then, ramai yg pakai sekarang sebab mau bergaya. kan ada contact lens yg warna-warni and bagi besar mata tu. sangat comel kan ? kiranya boleh lah trip ada mata macam wayne rooney kan ? ;)

It is fine to wear contact lens. but then kena tau macam mana penjagaan mata masa pakai contact lens and kebersihan lens tu. sebab kalau tak jaga betul-betul contact lens tu, kang kena katarak or any eye-problems. I know some are well-known on how to take care of contact lens. but then kita kan manusia biasa, mesti kadang tu lupa juga pasal penjagaan lens kan. entry kali ne, saya mau share macam mana mau jaga contact lens. kan ada adik-adik blogger di sini, boleh lah belajar.


Apa tuh contact lens ?




Kanta sentuh/lekap atau 'contact lens' adalah kanta yg dipakai secara sementara pada mata bagi memperbetulkan kecacatan refraksi. senang cerita, untuk atasi masalah rabun :)

Kanta lekap tu lembut, dan hampir bersentuhan atau melekap pada lapisan epitelum kornea mata.


Risiko kanta lekap ?




Iritasi atau kegatalan pada mata. hal ini disebabkan oleh jangkitan kuman dan boleh mengakibatkan kebutaan.

Kebanyakan masalah iritasi berlaku disebabkan perawatan dan penjagaan kanta lekap yg kurang sempurna.

Ada juga yg berpunca daripada tempat penyimpanan yg tidak bersih serta akibat daripada tidak membasuh tangan sebelum memakai kanta lekap.


Pengurangan oksigen berlaku kerana mata memerlukan oksigen. pemakaian kanta sentuh pada waktu pagi akan menyebabkan mata kekurangan oksigen dan mampu menyebabkan pembengkakan mata.

Oleh itu, sebelum masuk tidur, kena buka contact lens tu :)

Mata merah juga akan berlaku. mula tu mata akan jadi merah, then rasa pedih. kalau dibiarkan contact lens tu dalam mata, nanti akan ada selaput putih. bila dah rasa sakit kan, kena cepat-cepat tanggalkan lens. then jangan gosok atau buat apa-apa dengan mata tu. If possible, terus jumpa doktor.

Saya ada pengalaman mata jadi merah and pedih-pedih. dalam sebulan juga tak dapat pakai lens. but then, kena jaga betul-betul mata so that boleh pakai lagi :D


ok, nanti sambung lagi. mengantuk sudah ;) The end.

2 comments: