Assalamualaikum :)
Untuk saya meng-update blog ini memerlukan seluruh kekuatan fizikal dan mental kerana serius saya tidak ada satu pun idea yang bernas untuk dikongsikan dengan kamu semua. saya juga hari ini berada dalam keadaan yang tersangatlah malas sehingga lah saya berpeluang untuk bercakap dengan encik kesayangan pada pukul 2 petang tadi. Jadi saya memohon maaf sekiranya entry kali ini langsung tidak memberikan manfaat kepada kamu semua :)
Dan pada masa dan ketika meng-update blog ini adalah ihsan dari kecekapan saya multi-tasking :) Kalau dikira, saya ada 3 assignments sedang meronta-ronta untuk disiapkan. Belum termasuk persiapan saya untu assesment kokum untuk membuat hal kebajikan di kawasan pedalaman Sabah. Dan baru beberapa saat berlalu, saya mendapat tahu yang esok saya ada final test untuk Grammar In Context. Hebat tak hidup seorang pelajar? :D
Biarlah semua itu, sebab saya betul-betul blur hari ini. Tiada mood mahu buat sebarang kerja. Harap semuanya berjalan lancar. Dan saya tahu mungkin kamu annoying membaca entry saya kali ini yang agak skema. Maaflah, saya sangat blur hari ini :)
Straight to the point, saya sebenarnya cuma mahu beritahu kamu yang saya sangatlah sukar untuk study di library. kenapa? sebab saya rasa saya ada sindrom "melihat telatah orang yang berlegar-legar di sekeliling saya". Hal ini tersangatlah memberikan stress kepada saya kerana saya tidak mampu untuk fokus langsung. Tapi memandangkan library menyediakan perkhidmatan wifi yang super laju, saya sanggup duduk berlama-lama di sini :D
Jadi tujuan saya bagitau semua ini adalah untuk memberitahu kepada kamu semua yang mempunyai masalah yang sama dengan saya, supaya tidak bersedih kerana kita serupa. Ada orang yang mampu duduk berlama-lama di library dan mampu menyiapkan semua atau separuh assignments mereka. Hebat kan ? Tapi bukan saya. saya bukan jenis perpustakaan atau dalam bahasa Inggeris Library-type. Haha :D tidak pasti dengan istilah itu ya :)
Dan semasa meng-update blog ini saya terasa ingin makan sushi. malanganya adik saya ada kelas dan agak lewat untuk drift ke tempat dia dan pergi makan sushi di Sushi King. sebab sana halal. tempat lain tidak pasti.
Selepas itu saya terasa seperti bosan melihat entry tanpa gambar dan saya dengan pantasnya meng-google untuk mencari gambar yang berkaitan. Tapi hampa :/ Nahhh, ambil lah dan bacalah kamu semua entry kali ini yang super bosan dari seorang blogger yang super-lazy hari ini.
Sekian, Terima kasih :)
p/s: Next entry saya akan kongsikan pasal theory personality :)
1 comment:
mmg...klu kt lbrary cm tu la..
tu blum masuk kalu stdy group
crite mak kiah xhbs2!:p
Post a Comment