Sunday, August 29, 2010

MERENUNGLAH DAN BERSYUKURLAH !


Assalamualaikum . . .
Alhamdulillah sebab telah berjaya habiskan puasa untuk hari ini. Mungkin entry malam ini cuma sekadar "quick-entry" ja. Sebab masa yg sangat banyak dan luang. Patutnya saya habiskan masa-masa yg lapang ini untuk study, tapi memandangkan baru ja habis exam, so rasanya biarlah rehat jap. Tapi masa yg ada ini sy gunakan untuk mengkhatamkan buku "La Tahzan" yg belum habis lg di baca. Sepanjang pembacaan, saya tertarik dengan satu tajuk iaitu "Merenunglah dan bersyukurlah". Kadang-kadang saya dan kamu juga tergolong dalam kalangan orang yg tidak tahu bersyukur. Yalah, apa yg orang lain ada, kita pun mahu juga. Tak pernah cukup dengan nikmat yg Allah sudah bagi. Saya bukan berkata perihal orang lain, saya lebih banyak merenung diri dan mengambil contoh dari diri sendiri. kadang-kadang apa yg orang lain ada, macam hp canggih, baju ikut trend & apa-apa branded things, semua lah saya mahu juga. Itu hal material. Masuk bab nikmat dalam kehidupan, contohnya mata, rambut dan seumpamanya lah, ada juga keinginan untuk pakai contact lens yg macam-macam warna, mahu rebonding, perm & seumpamanya. Dulu saya pun tak sedar semua tu, macam tak bersyukur pula dengan kurniaan  nikmat Allah pada saya dan juga kamu. Tapi bila umur semakin bertambah, mula saya berfikir yg sepatutnya saya bersyukur dengan apa pun nikmat yg Allah sudah bagi, sebelum terlambat.

Oleh itu, saya mula bersyukur dengan setiap insan yg hadir dalam hidup saya, setiap nikmat yg Allah bagi. Sebab saya dan juga ada antara kamu yg pernah merasai kehilangan yg besar, bukan setakat hilang kekasih. Setiap saat yg saya ada akan saya hargai sepenuhnya. Saya cuba penuhi setiap harapan dan impian orang yg sayang saya, dan yg saya kasihi. Sebab saya tidak mahu mengecewakan harapan orang lain pada saya. Harapan keluarga sudah pasti, dan harapan Afiq pada saya. Insya-Allah, dengan segala kekuatan yg ada, saya akan berusaha sungguh-sungguh untuk jaga hubungan ini hingga ke akhirnya.

Macam bagi ceramah pula kan, tapi niat saya buat entry malam ini bukan untuk bai ceramah, sebab ilmu saya pun cukup-cukup untuk jaga diri dan iman saya. Tapi Insya-Allah, saya boleh jadi penenang hati bakal suami, dan pendidik anak-anak saya kelak. Cukuplah untuk keluarga kecil saya kan ? Afiq, percaya saya ya !

No comments: