Sunday, August 29, 2010

SUN-day !

assalamualaikum . . .

Alhamdulillah sebab hari ini mood saya sangat bagus. Al-maklumlah bila mau dekat penghujung bulan, memang mood asyik turun naik ja.dan mangsa mood saya yg turun naik semestinya AFIQ ! kecian dia. maaf sayang ! actually, semalam mau update blog dengan new entry, tapi tengah sibuk sangat layan afiq, so tak jadi mau update blog.

Hari ini teda tajuk yg specific, so just merapu-rapu ja. but semalam actually tengah terfikir dan buat sedikit research pasal pemakaian purdah atau niqob atau apa ja lah yg kamu panggil benda tu. sebab nowadays, bila saya pergi mana-mana, shopping complex, masjid dan mana-mana lah, mesti ada ja orang pakai purdah. dalam cerita JANJI KEKASIH pun, ada watak 'SYAFIKA' yg pakai purdah. apatah lagi dalam cerita AYAT-AYAT CINTA. sy tertarik sangat-sangat dengan pemakaian macam tu. tapi untuk ke arah itu, mungkin tunggu sy ada rezeki untuk belajar or kerja di kawasan yg berdebu dan berpasir macam mesir kah, baru sy pakai. bukan apa, kalau di sana, memang patut lah dorang pakai, sebab kawasannya berdebu dan berpasir. tapi kalau dengan iklim khatulistiwa di Malaysia, berfikir juga kita mau pakai macam tu kan. tapi serius, sy memang suka tengok orang pakai purdah.

Dulu masa kecik-kecik, along @ Ag Mohd Zihad pernah cerita yg orang pakai purdah tu gigit leher orang dan hisap darah. bukan main takut lagi kalau terjumpa dengan orang yg pakai purdah di mana-mana, semuanya sebab along lah. cerita ntah apa-apa ! 

Ada persepsi orang yg anggap pemakain purdah tu sekadar fesyen. tapi tak payah lah kita mau dengar benda-benda macam tu. cukuplah saya dan kamu tahu fungsi purdah tu. apa-apa pun, memang suka tengok penampilan orang yang berpurdah.


p/s : tiada gambar untuk dipaparkan.maaf !



No comments: