Tuesday, March 22, 2011

blogwalking

Assalamualaikum and Hi bloggers ;

hey, hari ne saya sangat sangat rajin untuk blogwalking. tapi hari ne bukan blogwalking dekat blog yg saya tak follow lagi, cuma hari ne nak bagi sedikit kasih sayang kepada bloggers yg saya sudah follow. yalah, bila blogwalking and follow mana-mana blog, lepas tuh memang jarang dah nak jenguk lagi. kalau jenguk pun, cuma sesetengah blog. lagipun tak selalu internet saya mahu bagi kerjasama macam ne.

Bila saya tengok balik list blog yg saya dah follow, adalah dalam 300++. dan sekarang saya cuma mampu jenguk dalam sekitar 40 blog untuk hari ne. penat juga tapi seronok.

First time saya duduk depan laptop, baca entries dekat blog orang dengan penuh perhatian. yg saya mampu komen, memang saya komen lah. ada yg saya cuma tinggalkan jejak sahaja dekat shoutbox. ada yg saya rajinkan diri klik nuffnang, heartbeat dan churp churp. tak salah sekali sekala berbuat baik dekat blog orang kan ? 

Dalam ber-blogwalking tadi, saya dapat tengok kelebihan blog orang lain. ada blog yg header sangat lawa. kebanyakan nya simple tapi still attractive. tak sia-sia saya follow mereka. semua benda tuh buat saya ada idea nak tulis apa dan mahu tambah apa dalam blog saya.

Harap esok mampu teruskan sesi blogwalking ne lagi. ramai lagi nak jenguk :)

Happy blogwalking peeps ;)

1 comment:

Shahrizat Ahmad said...

jangan di lupakan blog ku yg daif ni..hihi..^_^