Saturday, April 23, 2011

menjadi ibu bapa perlu ada ilmu


Saya mahu berkongsi dengan kamu pasal pasangan suami isteri yg mempunyai 2 orang anak ; lelaki dan perempuan. si kakak dan si adik lelaki. dulu si kakak, perangainya sangat teruk. bayangkan hampir setiap hari bergaduh dengan si ibu. saya yg hampir setiap hari mendengar pergaduhan mereka naik rimas dan terganggu. apa tidaknya, kalau sampai si kakak teriak melawan cakap si ibu. orang lain yg sudah tiada ibu, pasti akan sakit hati tengok seorang ibu dilayan sebegitu rupa.

Tapi kini, si kakak sudah berubah. walaupun hanya sedikit, saya sudah boleh tersenyum.

yg menjadi masalah kini adalah si adik. perangainya makin menjadi-jadi. walaupun baru berusia 3 tahun, sudah sangat petah berkata-kata. kalau setakat bercakap hal yg patut, it's okay lah. tapi ini sudah melampau. apa tidaknya, setiap kali si ayah balik dari kerja, pasti si adik tidak mahu ayahnya masuk rumah. boleh pula panggil ayahnya 'pelipin'. pening saya dengar.

Paling tak dapat tahan sebab si adik tu sangat kuat menangis. sakit telinga dengar dia nangis.

Kesimpulan di sini, sebenarnya menjadi ibu bapa juga memerlukan ilmu. bukan calang-calang ilmu. ilmu mendidik anak dengan betul, belum lagi ilmu memujuk anak. takkan nak biarkan anak menangis tak berhenti kan ? :D

The end.

No comments: