Assalamualaikum and Hi bloggers ;
yes, seminggu lebih saya tidak mengupdate blog. bagi yg add saya dekat Facebook dan follow dekat Twitter ; memang sudah tahu yg saya telah mendapat kerja. alaa, kerja biasa-biasa ja. jadi admin di pusat tuisyen.
Minggu pertama kerja sudah banyak benda yg harus di'beres'kan. tambahan pula, pengetua a.k.a bos dekat pusat tuisyen tuh baru sahaja habis meeting di Kuala Lumpur dengan Head-Quarter.
Alam pekerjaan ini masih sangat baru bagi saya. apa tidaknya, masa interview sahaja sudah ada cerita kurang elok sampai pada saya. eh, bukan orang mengata saya. cuma saya banyak berhadapan dengan jenis manusia yg 'talam dua muka'. bagi adik-adik yg baca blog saya, yes saya akan jelaskan macam mana jenis orang talam dua muka ini.
Talam dua muka merupakan salah satu perumpamaan dalam Bahasa Melayu. Maksudnya ialah seseorang yg mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak.
Inilah perkara pertama yg harus saya hadapi. actually, kalau mahu lebih senang faham apa maksudnya, senang sahaja. orang zaman sekarang cakap ; hipokrit. dengan si A, cakap lain. dengan si B cakap lain lagi. last sekali, satu institusi jadi hancur.
So, pendekatan yg mudah dan selamat untuk saya ambil adalah dengan tidak mengendahkan apa pun yg saya dengar. yes, setakat dengar, itu sudah memadai. lalu saya terfikir, oh ! mungkin memang macam ne alam pekerjaan.
Perkara kedua adalah menghadapi kerenah bos yg selalunya mahukan perfection. saya akui saya jenis yg profesional dalam pekerjaan. bila mendengar arahan, saya memang akan serius. supaya saya mudah untuk menerima arahan dan fokus. berlainan dengan bos saya yg berjiwa muda. dia memberi arahan dalam dua nada serentak ; iaitu serius dan santai. lagi satu, last minute order. yg pasti, saya akan habis kerja pada jam 9 malam, jadi sebarang arahan selepas jam 9 saya tidak akan hiraukan.
I think I should stop now. The end :)
No comments:
Post a Comment